SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

PASUKAN KPKR

""".

OBJEKTIF RISDA

Objektif RISDA untuk menjadikan PEKEBUN KECIL sejahtera dengan pendapatan yang tinggi.

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Pekebun Kecil Getah merupakan pekerja sektor perusahaan utama negara

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Misi RISDA: Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Komersial.

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

SBPA: CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN

15 Disember 2011


SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 15, 2011


KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Derma Bantuan Rumah Terbakar - En.Mohd Lasim bin Mohd Haris

Assalamualaikum wtb..

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa saudara Mohd Lazim bin Mohd Haris, G32 dari PRD Pontian, Johor , ahli KPKR 294 serta keluarganya telah ditimpa bencana rumah terbakar pada 28 Ogos 2011 pada jam 11.00 pagi iaitu 2 hari sebelum menyambut Hari Raya Aidil fitri.

Akibat dari itu, beliau dan keluarga tinggal sehelai sepinggang dan kebarakan tersebut telah memusnahkan keseluruhan harta benda temasuk rumah yang dianggarkan melebih RM200,000.00.

Untuk membantu meringankan sedikit bebanan beliau dan keluarga, pihak KPKR telah bercadang membuat sedikit kutipan derma daripada ahli-ahli KPKR.  Sumbangan/derma dalam bentuk tunai bolehlah disalurkan terus kepada bendahari KPKR (En.Ahmad Sharifuddin bin Abd.Ghani) Tel: 019-5736980 atau terus bank in kedalam akaun KPKR (CIMB: 1253-0000402-054) dan hantarkan slip bank melalui fax ke nombor: 05-5457329 atau email:sharifuddin@risda.gov.my)

Di harap segala usaha dan kerjasama kita membantu ahli-ahli mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH SWT.

Sekian, terima kasih.

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT KEBANGSAAN

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN  PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 2/2011
PADA 12 OKTOBER 2011
JAM 11.00 PAGI DI BILIK MESYUARAT TINGKAT 13
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terlebih dahulu pihak Kesatuan merakamkan ucapan tahniah kepada Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad Zuki Bin Mohamad di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah RISDA.

Berikut adalah isu-isu dari KPKR untuk dibincangkan dalam mesyuarat MBJ pada kali ini :-

Bil
Isu
Permintaan / Tindakan
1.


1.1




1.2


1.3





1.4


1.5
Rumusan Konvensyen Penolong Pegawai Pertanian 2011

 Penilaian prestasi bagi kumpulan gred 27-40 diletak dalam kumpulan sama dengan gred 26 ke bawah sedangkan gred 27-40 berstatus  penyelia

Kuota Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi pegawai kumpulan gred 27-40 hanya 2%

Lawatan sambil belajar atau lawatan kerja keluar Negara diberi sebagai ganjaran untuk perkhidmatan cemerlang oleh pegawai kumpulan gred 27-40.


Diberi kuota penerimaan pingat peringkat Persekutuan atau Negeri  

Resolusi Konvensyen di ambil perhatian dan dipantau oleh sesuatau Bahagian bagi memastikan ada tindakan untuk penambahbaikan.



Mohon diberi pengiktirafan kepada PPP/ kump.gred 27-40 dalam laporan penilaian prestasi tahunan

Mohon ditambah kepada 5%


Disyorkan insentif ini diberi kpd pegawai yang punyai prestasi cemerlang & telah berkhidmat melebihi 25 tahun

Untuk pegawai kumpulan gred 27-40

Disyorkan Pengarah BDPS  dilantik selaku pihak Urusetia.




Bil
Isu
Permintaan / Tindakan
6.
Kempen penggunaan Sistem HRMIS kepada semua anggota RISDA di Bahagian, PRN/ PRD/ PRJ/ PRB.  Disertakan contoh Poster yang direka.

Tujuan untuk memberi kesedaran kepada semua anggota RISDA bertindak segera   mengemaskini maklumat peribadi dan keluarga melaui HRMIS.  Juga akan  mempercepat pencapaian KPI  BPSM

Menyarankan Pengurusan menyediakan Bunting dan letakkan di semua PT.  Contoh seperti SHPB, TKKR & SKKR

7
Arahan Pentadbiran Bil 16 tahun 2011 – Sistem E-MEDIK.

Rujuk Para 2.5 -  Tuntutan balik daripada kakitangan yang berbelanja melebihi had peruntukan yang ditetapkan

.

Mohon Pengurusan mengkaji semula arahan tersebut.

Realiti dan rationalnya setiap keluarga besar perlukan belanja yang lebih begitu  juga sebaliknya.   Penggunaan keseluruhan akan  mempuratakan perbelanjaan perubatan mengikut tahun.

8
Menaikan  elaun bantuan perubatan kakitangan daripada RM750.00 kepada RM1,000.00 hingga RM1,500.00.

Sebab-sebab keperluan ini kerana :
i.              kos konsultan dan ubat di klinik-klinik semakin meningkat naik

ii.            Mendapatkan rawatan di klinik menjimatkan masa keluar pada waktu pejabat berbanding hospital kerajaan.


Mohon Pengurusan  mempertimbangkan atas dasar   menjaga kebajikan kakitangan sebagai aset penting RISDA dan amalan konsep kasih sayang.












<>  <>  <>  <>  <>   <>  <>   <>  <>  <> 
Isu
Permintaan / Tindakan
2.
Pemangkuan Jawatan

Pegawai Kanan gred 27 -40 yang diberi pemangkuan kepada gred kenaikan pangkat  32/36/38,  dilantik ke jawatan hakiki mengikut tarikh semasa.
Kedudukan ini  tidak  selaras dengan pekeliling SPP Bil 9/2008 – kaedah pelarasan gaji kenaikan pangkat dengan elaun pemangkuan.




Mohon dilantik ke jawatan hakiki kenaikan pangkat mulai dari tarikh berlaku kekosongan jawatan atau tarikh  kuatkuasa pemangkuan


3
Bantuan Bayaran Telefon 

Pegawai kanan yang bertugas di PRN/ PRD/ PRJ/ PRB  tidak diperuntukkan bantuan bayaran telefon atas keperluan tugas rasmi terutama bila berada di  lapangan.


Mohon bantuan bayaran bil telefon sebanyak RM100.00 seorang sebulan untuk menampung keperluan perhubungan dalam menjalankan tugas rasmi


4
Pengecualian menyertai RAC oleh Pegawai lama yang berijazah/ KPSL

Pegawai kanan dalam kumpulan sokongan 1 yang mempunyai kelayakan (ijazah / /KPSL) untuk dinaikkan ke gred kumpulan P & P dikehendaki menyertai RAC..


Mohon Pengurusan mengecualikan pegawai ini daripada menghadiri RAC kerana  memadai mengambil kira penilaian prestasi tahunan   bagi 3 tahun berturut-turut.


5
Peperiksaan KPSL untuk  Gred 41 & 27

Peperiksaan KPSL  untuk gred 41 dan 27 yang boleh merujuk kepada Buku-buku Rujukan.   Rationalnya ....


....Pegawai ini bukan ditahap perlu tahu tetapi mampu menyelesaikan dengan mengaplikasi cara yang sesuai untuk selesai masalah melalui  kajian,  rujukan dan pengalaman.



PENINGKATAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN..JOM BOIKOT MAKAN AYAM

Berita Harian
28/10/2011

 PENINGKATAN harga barang dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini membimbangkan bukan saja golongan yang makan gaji, tetapi juga dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pendapatan yang diperoleh tidak dapat ditabungkan demi kesejahteraan masa depan mereka. Ini bermakna semakin banyak wang diperlukan untuk membeli perkara asas seperti makanan, minuman serta kos pengangkutan. Wang seolah-olah tidak lagi mempunyai kuasa beli yang kuat. RM50 kini hanya dapat membeli sedikit barang dan perkhidmatan saja. Rata-rata pihak peniaga yang ditanya memberikan alasan kenaikan harga berpunca kenaikan harga pemborong selain peningkatan harga pada peringkat global. Saranan Presiden Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, agar 1.3 juta kakitangan awam memulau barangan tertentu seperti ayam misalnya, adalah satu pendekatan munasabah dan kena pada masanya.

Ia wajar disokong sepenuhnya. Orang ramai juga disaran mengambil langkah sama. Pengguna memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa pengguna permintaan terhadap barang akan menurun.

Pandangan peniaga bahawa jika seorang tidak membeli tidak menjejaskan perniagaan mereka. Hal ini kata mereka selari dengan bidalan seekor ayam tidak berkokok, hari tetap siang juga.

Pada pandangan saya pengguna yang tidak mengambil kalori ayam dalam diet pemakanan tidaklah memudaratkan. Berpuluh-puluh tahun dulu ayam daging tiada di pasaran. Orang kampung makan daging ayam yang diternak sendiri.
Kini selain harga ayam kampung, telurnya juga melambung naik hingga hampir RM1 sebiji. Ramai pula pengusaha mengkomersialkan penternakan ayam dan telur ayam kampung.

Ayam boleh diganti dengan makanan asas lain yang lebih murah seperti ikan dan daging. Namun, hari ini harga ikan dan daging lebih mahal daripada ayam. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan pembelian ayam. Kalau sebelum ini makan ayam seminggu tiga kali kini perlu dikurangkan pengambilannya sekurang-kurang sekali atau dua kali.

Permintaan terhadap ayam meningkat pada musim kenduri kahwin. Justeru, dicadang supaya majlis berkenaan tidak lagi menggunakan ayam sebagai menu utama. Adalah dicadang makanan utama kita ditukar kepada makanan lain seperti lempeng pisang dan makanan ringan lain.

Oleh itu, perlunya transformasi makanan. Kepada generasi yang berusia mungkin susah sedikit dan kepada generasi muda lama kelamaan akan biasa.

MINIT MESYUARAT PEGAWAI KPKR BIL. 1 SESI 2011/13

TARIKH
:
13 September 2011
MASA
:
2.30 Petang
TEMPAT
:
Kafeteria, Tingkat 1,
Bangunan RISDA.





KEHADIRAN :



1.         Tuan Said Rasid bin Syed Mohamad                  -  Presiden  (Pengerusi)

2.         Puan Rosita Bt Roslan                                           - Setiausaha

3.         En Rossly Bin Salleh                                              - Penolong Setiausaha

4.         En Ahmad Sharifuddin Bin Abd Ghani               - Bendahari

5.         Encik Baharuddin bin Jani                                                - AJK KPKR

6.         Pn Zaidaniar Bt Mohd Noor                                   - AJK KPKR             

7.         Pn Noraziah Bt Othman                                         - AJK KPKR





            TIDAK HADIR :

8          Puan Hjh Husniah Bt Ismail                                  - Naib Presiden

9.         En Wan Ahmad Fatthi bin W.T.Ariffin                   - AJK KPKR                         



_______________________________________________________________________________  



1.0         Ucapan Pengerusi



Pengerusi mengucap salam dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK baru sesi 2011/2013.     Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah, seterusnya Pengerusi menyentuh beberapa perkara untuk makluman dan tindakan seperti berikut:-



1.1.        Mengucap tahniah kepada semua AJK lama yang telah dilantik semula dan AJK baru yang akan  bersama-sama memperjuangkan kebajikan ahli-ahli kesatuan.



1.2         Mesyuarat mengesahkan  perlantikan wakil-wakil Negeri yang telah dikeluarkan.surat lantikan secara berkumpulan. Terdapat sedikit pindaan iaiatu En Nasir Bin Mat akan digantikan dengan Pn Duzaizila bagi wakil Negeri Selangor.



Tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh wakil Negeri seperti  berikut:



-               Menghadiri mesyuarat MBJ Peringkat Negeri

-               Penghubung diantara ahli dengan Exco KPKR dan sebaliknya.

-               Mengemukakan satu salinan minit mesyuarat MBJ kepada Setiausaha



1.3         Kad Raya KPKR telah diedar kepada semua Pengurusan Atasan termasuk PRN, Pengarah Bahagian dan Pengurus Besar Anak Syarikat.  KPKR telah menerima balasan kad Raya daripada Ketua Pengarah,  PRN Selangor, PRN Terengganu, Pegawai Eksekutif RPSB dan lain-lain.







1.4      Dengan rasa sedihnya En Mohd Lasim B Mohd Haris telah mengalami kebakaran rumah kediamannya 2 hari sebelum Hari Raya.  Setiausaha diminta mengeluarkan surat kepada semua wakil Negeri dan Bahagian sebagai inisiatif Kesatuan mohon ihsan semua pihak untuk menghulurkan sumbangan derma untuk diberi kepada penama.



1.5      Tn Hj Rosli B Othman , RPSB Zon (U) telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Ogos yang lalu.  KPKR mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham.



1.6      Semua ahli KPKR merakamkan tahniah kepada  Ketua Pengarah baru iaitu, Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad Zuki Bin Mohamad dan tidak lupa mengucap terima kasih kepada Y.Bhg mantan  Datuk KP RISDA.  Kunjung hormat Exco KPKR akan diadakan pada 13 September selepas mesyuarat pada hari ini.

           

2.0         Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu



2.1         Minit Mesyuarat Bil 9 Sesi 2009/11 disahkan oleh En Baharuddin Bin Jani dan disokong oleh En Rossly bin Salleh tanpa pindaan.





3.0       Perkara Berbangkit



3.3       Pemberian Cenderamata kepada ahli bersara.



            Pesara KPKR yang tidak hadir pada majlis makan malam KPKR pada 20 Julai 2011, mesyuarat memutuskan cenderamata tersebut akan diserahkan kepada wakil negeri



                                                                                                Tindakan:     Setiausaha



3.5       Konvensyen PPP Tahun 2011



            Semua kertas kerja yang telah dibentangkan pada Konvensyen PPP pada 20 Julai 2011 hendaklah dimasukkan dalam blogspot KPKR



                                                 Tindakan : Penolong Setiausaha



8.1         Blog KPKR – risda-kpkr.blogspot.com



Mesyuarat minta agar diperbanyak dan pelbagaikan  kandungan dalam blogspot. Antaranya laporan terkini dari meja Presiden, semua minit mesyuarat KPKR, aktiviti-aktiviti kpkr,  laporan kewangan, nama ahli-ahli dan lain-lain yang sesuai.



                                                                                                   Tindakan : Penolong Setiausaha





8.5.        Kursus Untuk AJK



Mesyuarat memutuskan penolong setiausaha dan semua AJK akan diberi peluang untuk menghadiri kursus anjuran JHEKS  pada tahun 2012.



                                                                                    Tindakan :    AJK KPKR





8.6       KPKR telah menamatkan keahlian dengan MTUC berkuatkuasa 21 Julai 2011.  Bayaran yuran yang tertunggak berjumlah RM842.50 bagi sesi lalu telah dibayar.

                       

                                                  Makluman





4.0      Laporan Aktiviti KPKR oleh Setiausaha.



            4.1       Lihat seperti lampiran 1



4.2       Mesyuarat memutuskan untuk melantik 2 orang wakil negeri , gred teknikal dan pengurusan  untuk hadir pada mesyuarat MBJ peringkat negeri. Diminta setiausaha dapatkan nama-nama ahli dengan mengekalkan wakil yang telah dilantik, seterusnya keluarkan surat kepada PRN untuk makluman dan salinan kepada wakil negeri.                                                                       

Tindakan : Setiausaha



5.0       Meluluskan Permohonan Keahlian KPKR



5.1       Tiada permohonan

       

                                                                                              Makluman





6.0 Laporan Kedudukan Kewangan dari 01 April hingga 31 Julai 2011 .



6.1         Penyata Kewangan KPKR dari 01 April hingga 31 Julai 2011 dibentangkan  seperti lampiran 2.



                                                                                          Makluman



                                                

7.0       Membincangkan Pelaksanaan Usul-usul  Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPKR Kali ke  45 dan Isu-isu MBJ akan datang



7.1         Usul-usul Mesyuarat Agung



7.1.1    Usul pertama - Meluluskan pelupusan 4 buah aset KPKR kerana rosak dan               

            tidak ekonomik untuk dibaiki.



7.1.2      Usul kedua - Meminda Buku Peraturan KPKR dengan memperjelaskan skop   

Keahlian  . KPKR perlu merujuk kepada JHEKS untuk menguruskan pindaan tersebut



                                                                         Tindakan : Setiausaha   

                                                                                                    

7.1.3      Usul ke-3 - Menamatkan keahlian KPKR dengan MTUC berkuatkuasa  01 Oktober 2011. Surat notis penamatan telah    dikeluarkan kepada MTUC dan jawapan pengesahan telah diterima .



                                                                           Makluman



7.1.4      Usul ke-5 – Mohon bantuan bayaran bil telefon kepada pegawai kanan    

                                      bertugas di Negeri dan Daerah sebanyak RM100.00 .

   

                                       Mesyuarat bersetuju membawa usul ini ke Mesyuarat MBJ Kebangsaan



                                                                                                  Tindakan : Presiden



7.1.5      Usul ke 9 -  Mesyuarat memutuskan untuk menangguhkan cadangan  usul daripada Pn Rosaida , PT Kuala Kangsar kerana akan melibatkan  kos perbelanjaan yang tinggi . Bagaimana pun jawatankuasa akan menimbangkan semula bila KPKR berkemampuan.



                                                                 Makluman



7.2           Isu MBJ akan datang.



Pengerusi akan bawa beberapa isu ke Mesyuarat MBJ yang akan diadakan pada 14 Oktober 2011., antaranya ;



7.2.1     Berkenaan Roadtour – perjumpaan Exco dengan ahli-ahli di Negeri –negeri

7.2.2     Bantuan bayaran bil telefon kepada pegawai kanan sebanyak RM100.00 sebulan untuk kegunaan  urusan rasmi

7.2.3     Cadangan pindaan terhadap Arahan Pentadbiran Bil 42 tahun 2010.



                                                                                                     Tindakan : Presiden



           

8.0     Hal-hal Lain.

                                                                                               

8.1       Pn Zaidaniar mencadangkan supaya Isu pegawai kanan  yang cemerlang dan telah berkhidmat melebihi 25 tahun (gred 32 – 40) diberi peluang dan keutamaan untuk hadir dalam kursus / seminar atau lawatan ke luar negara ,  dibawa ke mesyuarat MBJ.



                                                                                                            Tindakan :    Wakil MBJ Kebangsaan



8.2         Mesyuarat bersetuju dan memutuskan perlantikan Biro-biro seperti berikut :



8.2.1    Biro Publisiti                                     -           Rossly Bin Salleh

8.2.2    Biro Sosial                             -           Wan Ahmad Fatthi B W.T Ariffin

8.2.3    Biro Kebajikan & Sukan     -           Baharuddin Bin Jani

8.2.4    Biro Hal Ehwal Wanita        -           Zaidaniar Bt Mohd Noor

                                                                                    Noraziah Bt Othman



Semua ketua Biro diminta mengemukakan cadangan aktiviti-aktiviti untuk dijalankan bagi hujung tahun 2011 dan 2012 dan minta bentangkan cadangan pada mesyuarat akan datang.



Tindakan :    Semua Ketua Biro

                                 



8.3         Cenderamata  Jawatakuasa KPKR bagi Sesi 2009/2011 . Mesyuarat bersetuju dan memutuskan 8 orang jawatankuasa berkenaan diberi sepasang pakaian batek Sutera Malaysia bernilai RM200.00 setiap satu.  Pn Zaidaniar diminta menguruskan pembelian kain batek berkenaan untuk diserahkan kepada jawatankuasa pada mesyuarat akan datang. AJK bekas Exco akan dijemput hadir pada satu jamuan ringan majlis perpisahan yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan di beritahu kelak.



                                                                                   

                       Tindakan : Pn Zaidaniar   Mohd Noor





9.0      Ucapan Penangguhan



Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih dan  mesyuarat  ditangguhkan pada jam 4.15 petang.





Disediakan oleh ;


ROSITA  BINTI ROSLAN
Setiausaha KPKR.
Disahkan oleh ;


SAID RASID BIN SYED MOHAMAD
YDP KPKR  




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More