SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

PASUKAN KPKR

""".

OBJEKTIF RISDA

Objektif RISDA untuk menjadikan PEKEBUN KECIL sejahtera dengan pendapatan yang tinggi.

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Pekebun Kecil Getah merupakan pekerja sektor perusahaan utama negara

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Misi RISDA: Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Komersial.

BAJET 2011 - BERITA GEMBIRA BUAT KAKITANGAN AWAM

YAB Perdana Menteri Malaysia, dalam bajet 2011 pada 7 Oktober 2011 baru-baru ini telah mengumumkan 3 berita gembira untuk kakitangan awam seluruh negara.

1. Pemberian Bonus

Perdana Menteri telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji lagi dengan bayaran minimum        RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam yang akan di bayar bersekali dengan gaji bulan Disember. 
Di samping itu bayaran bantuan RM500 juga akan diberikan kepada 618,000 pesara kerajaan.  Ini menjadikan bonus dibayar pada tahun ini adalah sebulan gaji dengan minimum RM1000.00.

2. Kenaikan gaji tahunan

   Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru         Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012. “Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus,” katanya.

Najib berkata dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

“Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai SBPA, Perdana Menteri berkata sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

“Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja,” katanya.

Beliau berkata di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.


Beliau berkata di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

3.  Kenaikan umur persaraan dari 58 tahun ke 60 tahun.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

“Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” katanya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More