PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN PEGAWAI KANAN RISDA
(TKKPKR)
1 Pengenalan
TKKPKR diperkenalkan oleh Pengurusan Kesatuan Pegawai Kanan RISDA tahun 2000 sebagai satu aktiviti membantu ahli-ahli dalam hal-hal kebajikan selaras dengan Peraturan 2(1) I Peraturan-peraturan KPKR
2. Tujuan
Tujuan penubuhan tabung ialah untuk mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu dikalangan semua ahli KPKR dalam perkara kebajikan disamping memupuk dan menjalinkan rasa kekeluargaan di antara mereka
3. Pentadbiran
Tabung ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengurusan KPKR. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
Yang DiPertua , Naib Yang DiPertua, Setiausaha, Bendahari
Jawatankuasa ini bertindak menggubal dasar dan polisi serta mengawal selia perjalanan Tabung
4. Punca Kewangan
Punca Kewangan Tabung ialah caruman bulanan daripada ahli KPKR
5. Skop Aktiviti
Tabung Kebajikan KPKR ditubuhkan bertujuan untuk member sumbangan / bantuan :
Syarat :
a. Kesihatan
b. Menunaikan Fardhu Haji
c. Khairat Kematian
d. Hadiah Pelajar Cemerlang
e. Cenderamata untuk ahli bersara
6. Syarat Sumbangan
6.1 Kesihatan :
a. Masuk Hospital : Kadar RM20.00 /hari. Maksima 5 hari
Syarat :
i. Anggota sahaja
ii. Sekali setahun untuk satu jenis penyakit
iii. Telah menjadi anggota selama 6 bulan
iv Permohonan disokong oleh dokumen berkaitan dan disahkan oleh Ketua Jabatan
b. Pembedahan : Kadar RM100.00
Syarat –syarat seperti 6.1 (a)
6.2 Menunaikan Fardhu Haji
Kadar : RM100.00
Syarat :
i. Anggota sahaja
ii. Telah menjadi anggota selama 6 bulan
iii Permohonan disokong oleh dokumen berkaitan dan disahkan oleh Ketua Jabatan
6.3 Kematian
Kadar : RM200.00 – Ahli , Tanggungan - RM100.00
Syarat : Seperti 6.2
6.4 Hadiah Pelajar Cemerlang
Syarat :
i. Anak Anggota sahaja (Jilka suami isteri ahli layak seorang sahaja)
ii. Telah menjadi anggota selama 6 bulan
iii. Pencapaian Gred Peperiksaan :
UPSR - 5A - RM30.00
PMR - >7A - RM50.00
SPM/SPVM - < 12 Agreget / > 6 A - RM100.00
STPM - > 3A - RM150.00
Diploma - CGPA > 3.5 RM150.00
Ijazah - Kelas Kedua ke atas - RM200.00
6.5 Ahli Bersara
Kadar : Cenderamata bernilai RM150.00
Syarat : Telah menjadi ahli selama 10 tahun
7.0 Tatacara Permohonan
Semua Permohonan mesti disokong oleh Dokumen berkaitan dan disahkan oleh Ketua Jabatan
8.0 Perlaksanaan
Tabung ini berkuatkuasa mulai 01 Julai 2000. Segala pertanyaan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Setiausaha KPKR
0 comments:
Post a Comment