SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

MAKLUMBALAS PENGURUSAN RISDA BERKAITAN TUNTUTAN KPKR

SENARAI MAKLUMBALAS DARI PENGURUSAN RISDA BERKAITAN DENGAN TUNTUTAN KPKR]

MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT MBJ PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 2/2011

BIL

PERKARA DI BINCANGKAN

TINDAKAN

MAKLUMBALAS

1

Arahan Pelaksanaan MBJ Peringkat Negeri

Arahan kepada semua PRN supaya dapat diadakan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) masing-masing mengikut jadual iaitu sebanyak 4 kali setahun

BPSM (urusetia)

Sejak penubuhan MBJ, perkara ini telah di maklumkan kepada semua PRN, malah pada suatu ketika, ianya telah dipantau dalam Meysuarat Pengurusan.

Walaupun ianya tidak lagi menjadi sebahagian daripada agenda Mesyuarat Pengurusan, BPSM sentiasa memantau perkara ini dengan mendapatkan maklumat serta merekod bilangan serta minit mesyuarat MBJ setiap negeri berkenaan.

2

Kursus Amalan Pertanian yang Baik

Berkuat kuasa secara serta merta Kursus teknikal bagi tanaman getah dan sawit akan digantikan dengan Kurus Teknologi Pertanian ataupun Kursus Amalan Pertanian Yang Baik. Penjenamaan ini diperlukan supaya dapat memudahkan sistem penyampaian di lapangan.

BL

Kursus Induksti Khusus Modul GAP bagi gred 17, 27 dan 41 sedang dilaksanakan di 3 buah IKPK bermula dari 13/11/2011 – 06/12/2011 iaitu selama 25 hari.

Bagi lantikan baru semua gred jawatan gred 1-41 yang bermula tahun 2007-2011 serta masih belum hadir kursus modul teknikal di LGM, seramai 890 orang akan mengikuti kursus GAP selam 5 hari 4 malam pada tahun 2012 secara berperingkat dengan kerjasama Kolej RISDA.

3

Pembukaan Akaun Lembaga Tabung Haji Staff Gred 2 hingga 16 sebanyak RM100

Mesyuarat Pengurusan RISDA baru-baru ini telah membuat keputusan untuk pembukaan akaun di Lembaga Tabung Haji kepada staff di jawatan gred 1 hingga 16 dengan kadar sebanyak RM100.00 setiap orang. Bagi yang telah mempunyai akaun, tambahan dengan amaun yang sama akan diberikan.

BPPA

BPPA telah menerima borang keahlian daripada Lembaga Tabung Haji sebanyak 500 keping untuk diagihkan kepada semua staff Gred 1 hingga 16 yang masih membuka akaun di Tabung Haji.

Manakala staf yang telah mempunyai akaun tabung haji, BPPA telah meminta no akaun untuk pemberian sumbangan RM100.00

4

Pembangunan Kerjaya Skim W

Kertas Kerja Pelan pembangunan kerjaya bagi staf kumpulan W telah dibentangkan dalam MBJ bil 3/2011

Bendahari KPKR dan S/Usaha Agong KPKR

Telah di terima dan diberi perhatian.

5

Pegawai Penilai Pertama(PPP) dari kalangan Kumpulan Gred 27-40 LPNT

BPSM melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Kompetensi diminta untuk mengadakan siri taklimat

BPSM

Siri taklimat ini dirancang akan di adakan dan ianya pada tahun 2012.

MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT MBJ PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 2/2011

BIL

PERKARA DI BINCANGKAN

TINDAKAN

MAKLUMBALAS

1

Baju Korporat RISDA

Mesyuarat bersetuju untuk menyeragamkan warna baju, bentuk dan corak pakaian seragam yang dibekalkan kepada staf supaya lebih sesuai dan melambangkan imej korporat RISDA. Sehubungan itu, Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan dapat membuat pelarasan dengan semua PRN, PRD dan anak syarikat RISDA. Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan perlu mencadangkan beberapa cadangan rekaan, warna dan corak dan dibentangkan dalam mesyuarat Pengurusan.

Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan

Mesyuarat Pengurusan RISDA telah bersetuju untuk melaksanakan penyeragaman warna baju, bentuk dan corak pakaian seragam RISDA secara berfasa. Fasa pertama akan dmulai dengan pengukuran saiz baju untuk Pengarah RISDA Bahagian dan Negeri. Seterusnya, fasa kedua akan disusuli dengan PRD/PRB/PRJ sehinggalha fasa terakhir kepada pegawai gred 27 dan pekerja-pekerja di lapangan.

2

Aset RISDA yang Dilupuskan

Pengerusi minta agar Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan dapat mengeluarkan pekeliling/arahan kepada semua PT agar semua kenderaan atau asset RISDA yang telah dilupuskan dan dilelong perlu di buang logo RISDA.

Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan

Perkara ini telah pun di ambil tindakan.

MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT MBJ PERINGKAT WILAYAH BIL 2/2011

BIL

PERKARA DI BINCANGKAN

TINDAKAN

MAKLUMBALAS

1

Pengenalpastian kelayakan calon-calon untuk pengambilan pegawa/staf baru

Pengerusi meminta agar BPSM dapat mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk diambil sebagai staf baru di RISDA terutama Pegawai-pegawai Pertanian. Sebagai contoh mengutamakan lulusan sains pertanian tulen disamping mengambil kira syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan.

BPSM

Perkara ini akan diambil tindakan tetapi buat masa ini semua proses pengambilan pegawai/kakitangan telah dibekukan sehingga 31/12/2011

2

Cadangan Pegawai Tadbir yang dahulunya RO ditempatkan di PT sebagai PRD

Pengerusi mencadangkan agar mana-mana Pegawai Tadbir yang dahulunya RO, ditempatkan di PT sebagai PRD bagi memperkasakan PRD di PT-PT.

Perkara ini telah diambil tindakan dengan menempatkan pegawai-pegawai yang berikut mulai 1 November 2012.

a. En.dilah b Muhamad – PRD Temerloh

b. En.Sazili b Zainal Abidin – PRD Kuala Pilah.

c. En.Shaharudin b.Daud- PRD Bentong

d. En.Abd Rashid b Napis – PRD Hulu Perak/Grik

e. En.Amran b Mohamad – PRJ Kelantan Utara

f. En.Mohd Radzil b Abd Latif – PRD Jerantut

g.

3

Cadangan Pembangunan Tabung Persaraan Bagi Staf RISDA

Pihak KPPR diminta mengemukakan kertas kerja cadangan mengenai kaedah pelaksanaan tabung persaraan RISDA

KPPR

Pihak Kesatuan menangguhkan dahulu cadangan tersebut dan akan berbincang dengan KPPR Pusat.

4

Baju KORPORAT RISDA Semasa Hari Pekerja

KPPR

Pada dasarnya KPPR Cawangan Wilayah bersetuju dengan peruntukan tersebut dan ingin tahun samada peruntukan tersebut akan diberi pada setiap tahun atau sekali pemberian kerana pada setiap tahun diadakan perhimpunan tersebut dan akan dihadiri oleh ahli-ahli yang belainan.

- Setuju untuk guna tabung TPKR

- Tindakan oleh BPKA

- Akan di bawa ke Mesyuarat Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA

5

Penggunaan KAD ID untuk Pesara RISDA

Unit Khidmat Sokongan & Logistik telah pun mengubah suai rekabentuk kad pesara mengikut pilihan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni RISDA Kebangsaan yang telah bermesyuarat pada 29 Mac 2011. Bajet membekalkan kada pesara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bahagian BPK pada bulan Julai 2011. Malah, nombor kada pengenalan lama juga perlu diletakkan sebagai maklumat dalam kad ID pesara berkenaan

BPK

Kad Pesara telah sedia untuk dilaksanakan. Reka bentuk kad pesara dan maklumat kad pengenalan telah ditambah baik sepertiman di mohon oleh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni RISDA Kebangsaan.

6

Buku Panduan Untuk Pesara

Buku Panduan untuk pesara ini perlu dicetak dan diedarkan kepada pesara dan bakal pesara sebelum 22 Ogos 2011.

BPSM & BPK

Buku Panduan untuk pesara telah siap dicetak dan hanya menunggu kata aluan di tandatangani oleh YBhg Dato Ketua Pengarah. Kata-kata aluan telah disedakan oleh BPSM.

Selesai.

7

Pengiktirafan kepada Kakitangan Yang Telah Mengharumkan Nama RISDA

Perkara ini telah di bawa ke dalam Mesyuarat Pengurusan dan Ketua Pengarah telah membuat keputusan iaitu tidak meluluskan permohonan tersebut. Urusetia bagi sesuatu pertandingan perlu menyelaraskan duit kemenangan untuk diraikan peserta yang terlibat dalam sebarang pertandingan yang dipertandingkan. Malah, Pengerusi juga turut meminta agar Unit Inovasi & Kualiti dapat membuat Papan Tanda MS ISO 9001:2008 secara kekal seperti mana di MARDI

Unit Inovasi & Kualiti,

BPK

Unit Inovasi & Kualiti: - Sijil Penghargaan telah dikeluarkan kepada ‘webmaster’ RISDA yang telah berjaya menaikkan imej RISDA melalui pengiktirafan Lama Web RISDA yang telah mendapat 5 bintang (five stars rating) dan sijil telah diberi semasa Majlis Hari Inovasi & Anugerah Kualiti 2011 yang lalu.

BPK: Papan tanda MS ISO 9001:2008 telah dipasang di dinding berhadapan pintu masuk utama.

8

Seminar Pembantu Tadbir

Mesyuarat dimaklumkan bahawa YBhg Tan Sri Pengerusi RISDA mengsyorkan untuk diadakan seminar pembantu tadbir. Oleh itu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia diminta untuk menganjurkan seminar tersebut

BPSM

Perkara ini akan dibincangkan dengan Pihak Pengurusan dan wajib di adakan pada tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More