SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

PASUKAN KPKR

""".

OBJEKTIF RISDA

Objektif RISDA untuk menjadikan PEKEBUN KECIL sejahtera dengan pendapatan yang tinggi.

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Pekebun Kecil Getah merupakan pekerja sektor perusahaan utama negara

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Misi RISDA: Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Komersial.

Skim Hospital dan Pembedahan Berkelompok 2012/2013

Mengapa perlu anda mengetahui Skim manakah yang anda ambil dalam SHPB?

Penting bagi semua staff RISDA mengetahui skim manakah yang anda ambil dalam SHPB supaya sekiranya anda di masukkan ke hospital, anda dapat mengetahui apakah had-had kelayakan yang anda perolehi dan juga dapat mengelakkan dari pada bebanan kewangan akibat dari kos perubatan yang semakin meningkat.  Adalah diharapkan agar semua staff RISDA tidak memandang ringan mengenai perkara ini memangdangkan ramai staff tidak sedar sekiranya berlaku kemalangan dan di masukkan ke wad, mereka tidak tahu apakah plan atau skim manakah yang diambil yang mana menyebabkan kadang-kadang  mereka tersalah pilih jenis jenis bilik dan akibatnya bil perubatan yang terpaksa di tanggung oleh mereka adalah tinggi.

* Sebahagian dari taklimat Skim Hospital dan Pembedahan Berkelompok 2012/2013.
di Pejabat RISDA Negeri Terengganu - 26 Nov 2012.

INSENTIF KHAS LULUSAN IJAZAH, DIPLOMA TIDAK NAIK PANGKAT

13 November 2012


Utusan Malaysia
13/12/2012

KOTA KINABALU 12 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.
Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka."Sekarang kita ada hampir 5,000 pekerja sektor awam yang ada ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong."Jadi kita mahu walaupun tidak dinaik pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kepada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh.Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kuota ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.
"CUEPACS mencadangkan 50 peratus kuota diberikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50 peratus lagi kepada pemohon baharu," katanya.Omar berkata, bagi memastikan kebajikan kira-kira 45,000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurang lima tahun ke jawatan tetap.Katanya, sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrak pekerja berkenaan perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi."Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu," ujarnya.
 
 

SALAM MAAL HIJRAH 1433

KPKR INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1433 HIJRAH.

SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH MEMBERI KITA KEKUATAN MENGHARUNGI SEGALA CABARAN YANG MENDATANG.



IKHLAS DARI;
YANG DIPERTUA DAN BARISAN EXCO KPKR 2011-2013.



Perjumpaan CEUPACS Bersama KSN Baru


  • Baru baru ini satu perjumpaan antara CEUPACs dengan Ketua Setiausaha Negara yang baru telah diadakan di Autotorium Perbadanan Putrajaya pada 17 November 2012. 
  • Banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh perwakilan semasa sessi soal jawab. 
  • KPKR juga turut menghantar 3 orang wakil ke perjumpaan tersebut iaitu En.Rossly bin Salleh, Tn.Hj Suhim Wahab dan En Mohd Ashraf Abd Halim.











CUEPACS SARAN ANGGOTA SERTAI PENGGUNA 1 MALAYSIA


Sumber:  Bernama 23/12/2012




JOHOR BAHARU, 22 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan agar semua anggotanya menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M), bagi memantau kenaikan harga barang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penyertaan itu membolehkan penjawat awam menjadi agen kerajaan dalam membanteras aktiviti kenaikan harga barangan, khususnya ketika musim perayaan.
 

"Sekiranya mendapati harga barang luar biasa di pasaran, mereka boleh mempersoalkan kepada peniaga dengan menunjukkan kad Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) serta melaporkan kepada kementerian," katanya selepas majlis penyerahan kad SP1M kepada anggota Cuepacs di Pusat Islam Iskandar di sini, pada Isnin.
 

Majlis itu disempurnakan Exco Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Hoo Seong Chang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
 

Menurut Omar, penjawat awam juga dapat memain peranan penting dan berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
 

Dijangkakan lebih 100,000 anggota Cuepacs akan menyertai skuad itu, katanya.
 

-- BERNAMA

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More