This is default featured post 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
OBJEKTIF RISDA
Objektif RISDA untuk menjadikan PEKEBUN KECIL sejahtera dengan pendapatan yang tinggi.
RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
Pekebun Kecil Getah merupakan pekerja sektor perusahaan utama negara
RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
Misi RISDA: Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Komersial.
BAJET 2015: CUEPACS cadang bonus dua bulan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan bonus dua bulan untuk penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata, cadangan itu dibuat selepas melihat perkembangan ekonomi negara yang semakin baik selain bagi menghargai sumbangan penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.
"Ketika ini ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus dan ada kemungkinan sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat.
"Dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai oleh penjawat awam.
“Permintaan ini (bonus dua bulan) tidaklah melampau. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pun membayar (bonus) lebih kepada pekerja dan ada yang lebih enam bulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penyerahan cek sumbangan kepada MERCY Malaysia di Wisma CUEPACS di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro
Selamat Hari Raya
KPKR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin
kepada semua ahli KPKR di seluruh negara.
CUEPACS mahu gaji naik 30% hadapi GST
Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my
LIMBANG 20 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.
Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.
Katanya, CUEPACS berharap pelaksanaan GST kelak tidak menyebabkan barangan harian mengalami kenaikan yang melampau.
Pendedahan maklumat tentang pelaksanaan GST ini masih rendah dalam kalangan rakyat, justeru kerajaan perlu mempergiat pemahaman sistem itu kepada semua pihak agar tidak dianggap membebankan.
Dalam masa sama, penjelasan tentang GST ini membolehkan kumpulan sasar iaitu rakyat dan komuniti setempat betul-betul faham, seterusnya menikmati keuntungan daripada sistem cukai itu," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Seminar Transformasi CUEPACS yang turut disertai Pengerusi CUEPACS negeri, Cecilia Yong.
Dalam perkembangan lain, Azih berkata, kerajaan dan setiausaha kerajaan negeri diminta melaksanakan segera 81 skim perkhidmatan untuk penjawat awam di Sarawak kerana telah diluluskan pada 1 Julai 2013.
Katanya, pelaksanaan itu adalah wajar kerana ramai penjawat awam di negeri itu masih menunggu tarikh dan pelaksanaan sebenar skim tersebut.
CUEPACS juga memerlukan ruang untuk bertemu dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani untuk melaksanakan segera 81 skim tersebut, selain memohon pertimbangan menyemak 100 lagi skim lain.
Sehingga kini, skim penguatkuasaan dan perkeranian masih menunggu bentuk skim baharu manakala bagi klasifikasi lain sudah menerima faedah daripada 81 skim berkenaan," katanya.
Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan bahawa kerajaan telah selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim, membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100 skim lagi sedang diteliti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140521/dn_16/CUEPACS-mahu-gaji-naik-30-hadapi-GST#ixzz32NEP4t7F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140521/dn_16/CUEPACS-mahu-gaji-naik-30-hadapi-GST
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA HARMONI 1MALAYSIA (SEKTOR AWAM)
Sekalung tahniah di ucapkan kepada Exco KPKR serta ahli-ahli di atas kejayaan memenangi Anugerah Kesatuan Sekerja Harmoni 1Malaysia (Sektor Awam) buat julung kalinya.
Majlis penyampaian hadiah akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 22hb Jun 2013 di Stadium Bukit Jalil. Semua ahli di-jempuat hadir pada majlis tersebut.
" PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI".
-Admin.
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KPKR KALI KE 46
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan di adakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 04 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Akand diberitahu kemudian
Sedemikian, borang pencalonan bagi Jawatankuasa KPKR bagi Sessi 2013-2015 dan borang usul telah diedarkan kepada semua ahli KPKR. Mohon kembalikan borang yang telah telah lengkap diisi kepada
Setiausaha KPKR selewat-lewatnya pada 15 Mei 2013.
Harap Maklum
Setiausaha KPKR