SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

BAJET 2015: CUEPACS cadang bonus dua bulan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan bonus dua bulan untuk penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015.
Presidennya Azih Muda berkata, cadangan itu dibuat selepas melihat perkembangan ekonomi negara yang semakin baik selain bagi menghargai sumbangan penjawat awam dalam memacu perkembangan itu. 
"Ketika ini ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus dan ada kemungkinan sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat.
"Dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai oleh penjawat awam.
“Permintaan ini (bonus dua bulan) tidaklah melampau. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pun membayar (bonus) lebih kepada pekerja dan ada yang lebih enam bulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penyerahan cek sumbangan kepada MERCY Malaysia di Wisma CUEPACS di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More