MINIT MESYUARAT PEGAWAI KPKR BIL. 1 SESI 2011/13
TARIKH | : | 13 September 2011 |
MASA | : | 2.30 Petang |
TEMPAT | : | Kafeteria, Tingkat 1, Bangunan RISDA. |
KEHADIRAN :
1. Tuan Said Rasid bin Syed Mohamad - Presiden (Pengerusi)
2. Puan Rosita Bt Roslan - Setiausaha
3. En Rossly Bin Salleh - Penolong Setiausaha
4. En Ahmad Sharifuddin Bin Abd Ghani - Bendahari
5. Encik Baharuddin bin Jani - AJK KPKR
6. Pn Zaidaniar Bt Mohd Noor - AJK KPKR
7. Pn Noraziah Bt Othman - AJK KPKR
TIDAK HADIR :
8 Puan Hjh Husniah Bt Ismail - Naib Presiden
9. En Wan Ahmad Fatthi bin W.T.Ariffin - AJK KPKR
_______________________________________________________________________________
1.0 Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucap salam dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK baru sesi 2011/2013. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah, seterusnya Pengerusi menyentuh beberapa perkara untuk makluman dan tindakan seperti berikut:-
1.1. Mengucap tahniah kepada semua AJK lama yang telah dilantik semula dan AJK baru yang akan bersama-sama memperjuangkan kebajikan ahli-ahli kesatuan.
1.2 Mesyuarat mengesahkan perlantikan wakil-wakil Negeri yang telah dikeluarkan.surat lantikan secara berkumpulan. Terdapat sedikit pindaan iaiatu En Nasir Bin Mat akan digantikan dengan Pn Duzaizila bagi wakil Negeri Selangor.
Tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh wakil Negeri seperti berikut:
- Menghadiri mesyuarat MBJ Peringkat Negeri
- Penghubung diantara ahli dengan Exco KPKR dan sebaliknya.
- Mengemukakan satu salinan minit mesyuarat MBJ kepada Setiausaha
1.3 Kad Raya KPKR telah diedar kepada semua Pengurusan Atasan termasuk PRN, Pengarah Bahagian dan Pengurus Besar Anak Syarikat. KPKR telah menerima balasan kad Raya daripada Ketua Pengarah, PRN Selangor, PRN Terengganu, Pegawai Eksekutif RPSB dan lain-lain.
1.4 Dengan rasa sedihnya En Mohd Lasim B Mohd Haris telah mengalami kebakaran rumah kediamannya 2 hari sebelum Hari Raya. Setiausaha diminta mengeluarkan surat kepada semua wakil Negeri dan Bahagian sebagai inisiatif Kesatuan mohon ihsan semua pihak untuk menghulurkan sumbangan derma untuk diberi kepada penama.
1.5 Tn Hj Rosli B Othman , RPSB Zon (U) telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Ogos yang lalu. KPKR mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham.
1.6 Semua ahli KPKR merakamkan tahniah kepada Ketua Pengarah baru iaitu, Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad Zuki Bin Mohamad dan tidak lupa mengucap terima kasih kepada Y.Bhg mantan Datuk KP RISDA. Kunjung hormat Exco KPKR akan diadakan pada 13 September selepas mesyuarat pada hari ini.
2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2.1 Minit Mesyuarat Bil 9 Sesi 2009/11 disahkan oleh En Baharuddin Bin Jani dan disokong oleh En Rossly bin Salleh tanpa pindaan.
3.0 Perkara Berbangkit
3.3 Pemberian Cenderamata kepada ahli bersara.
Pesara KPKR yang tidak hadir pada majlis makan malam KPKR pada 20 Julai 2011, mesyuarat memutuskan cenderamata tersebut akan diserahkan kepada wakil negeri
Tindakan: Setiausaha
3.5 Konvensyen PPP Tahun 2011
Semua kertas kerja yang telah dibentangkan pada Konvensyen PPP pada 20 Julai 2011 hendaklah dimasukkan dalam blogspot KPKR
Tindakan : Penolong Setiausaha
8.1 Blog KPKR – risda-kpkr.blogspot.com
Mesyuarat minta agar diperbanyak dan pelbagaikan kandungan dalam blogspot. Antaranya laporan terkini dari meja Presiden, semua minit mesyuarat KPKR, aktiviti-aktiviti kpkr, laporan kewangan, nama ahli-ahli dan lain-lain yang sesuai.
Tindakan : Penolong Setiausaha
8.5. Kursus Untuk AJK
Mesyuarat memutuskan penolong setiausaha dan semua AJK akan diberi peluang untuk menghadiri kursus anjuran JHEKS pada tahun 2012.
Tindakan : AJK KPKR
8.6 KPKR telah menamatkan keahlian dengan MTUC berkuatkuasa 21 Julai 2011. Bayaran yuran yang tertunggak berjumlah RM842.50 bagi sesi lalu telah dibayar.
Makluman
4.0 Laporan Aktiviti KPKR oleh Setiausaha.
4.1 Lihat seperti lampiran 1
4.2 Mesyuarat memutuskan untuk melantik 2 orang wakil negeri , gred teknikal dan pengurusan untuk hadir pada mesyuarat MBJ peringkat negeri. Diminta setiausaha dapatkan nama-nama ahli dengan mengekalkan wakil yang telah dilantik, seterusnya keluarkan surat kepada PRN untuk makluman dan salinan kepada wakil negeri.
Tindakan : Setiausaha
5.0 Meluluskan Permohonan Keahlian KPKR
5.1 Tiada permohonan
Makluman
6.0 Laporan Kedudukan Kewangan dari 01 April hingga 31 Julai 2011 .
6.1 Penyata Kewangan KPKR dari 01 April hingga 31 Julai 2011 dibentangkan seperti lampiran 2.
Makluman
7.0 Membincangkan Pelaksanaan Usul-usul Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPKR Kali ke 45 dan Isu-isu MBJ akan datang
7.1 Usul-usul Mesyuarat Agung
7.1.1 Usul pertama - Meluluskan pelupusan 4 buah aset KPKR kerana rosak dan
tidak ekonomik untuk dibaiki.
7.1.2 Usul kedua - Meminda Buku Peraturan KPKR dengan memperjelaskan skop
Keahlian . KPKR perlu merujuk kepada JHEKS untuk menguruskan pindaan tersebut
Tindakan : Setiausaha
7.1.3 Usul ke-3 - Menamatkan keahlian KPKR dengan MTUC berkuatkuasa 01 Oktober 2011. Surat notis penamatan telah dikeluarkan kepada MTUC dan jawapan pengesahan telah diterima .
Makluman
7.1.4 Usul ke-5 – Mohon bantuan bayaran bil telefon kepada pegawai kanan
bertugas di Negeri dan Daerah sebanyak RM100.00 .
Mesyuarat bersetuju membawa usul ini ke Mesyuarat MBJ Kebangsaan
Tindakan : Presiden
7.1.5 Usul ke 9 - Mesyuarat memutuskan untuk menangguhkan cadangan usul daripada Pn Rosaida , PT Kuala Kangsar kerana akan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi . Bagaimana pun jawatankuasa akan menimbangkan semula bila KPKR berkemampuan.
Makluman
7.2 Isu MBJ akan datang.
Pengerusi akan bawa beberapa isu ke Mesyuarat MBJ yang akan diadakan pada 14 Oktober 2011., antaranya ;
7.2.1 Berkenaan Roadtour – perjumpaan Exco dengan ahli-ahli di Negeri –negeri
7.2.2 Bantuan bayaran bil telefon kepada pegawai kanan sebanyak RM100.00 sebulan untuk kegunaan urusan rasmi
7.2.3 Cadangan pindaan terhadap Arahan Pentadbiran Bil 42 tahun 2010.
Tindakan : Presiden
8.0 Hal-hal Lain.
8.1 Pn Zaidaniar mencadangkan supaya Isu pegawai kanan yang cemerlang dan telah berkhidmat melebihi 25 tahun (gred 32 – 40) diberi peluang dan keutamaan untuk hadir dalam kursus / seminar atau lawatan ke luar negara , dibawa ke mesyuarat MBJ.
Tindakan : Wakil MBJ Kebangsaan
8.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan perlantikan Biro-biro seperti berikut :
8.2.1 Biro Publisiti - Rossly Bin Salleh
8.2.2 Biro Sosial - Wan Ahmad Fatthi B W.T Ariffin
8.2.3 Biro Kebajikan & Sukan - Baharuddin Bin Jani
8.2.4 Biro Hal Ehwal Wanita - Zaidaniar Bt Mohd Noor
Noraziah Bt Othman
Semua ketua Biro diminta mengemukakan cadangan aktiviti-aktiviti untuk dijalankan bagi hujung tahun 2011 dan 2012 dan minta bentangkan cadangan pada mesyuarat akan datang.
Tindakan : Semua Ketua Biro
8.3 Cenderamata Jawatakuasa KPKR bagi Sesi 2009/2011 . Mesyuarat bersetuju dan memutuskan 8 orang jawatankuasa berkenaan diberi sepasang pakaian batek Sutera Malaysia bernilai RM200.00 setiap satu. Pn Zaidaniar diminta menguruskan pembelian kain batek berkenaan untuk diserahkan kepada jawatankuasa pada mesyuarat akan datang. AJK bekas Exco akan dijemput hadir pada satu jamuan ringan majlis perpisahan yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan di beritahu kelak.
Tindakan : Pn Zaidaniar Mohd Noor
9.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.
Disediakan oleh ; ROSITA BINTI ROSLAN Setiausaha KPKR. | Disahkan oleh ; SAID RASID BIN SYED MOHAMAD YDP KPKR |
0 comments:
Post a Comment