SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

PASUKAN KPKR

""".

OBJEKTIF RISDA

Objektif RISDA untuk menjadikan PEKEBUN KECIL sejahtera dengan pendapatan yang tinggi.

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Pekebun Kecil Getah merupakan pekerja sektor perusahaan utama negara

RISDA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Misi RISDA: Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Komersial.

Skim Hospital dan Pembedahan Berkelompok 2012/2013

Mengapa perlu anda mengetahui Skim manakah yang anda ambil dalam SHPB?

Penting bagi semua staff RISDA mengetahui skim manakah yang anda ambil dalam SHPB supaya sekiranya anda di masukkan ke hospital, anda dapat mengetahui apakah had-had kelayakan yang anda perolehi dan juga dapat mengelakkan dari pada bebanan kewangan akibat dari kos perubatan yang semakin meningkat.  Adalah diharapkan agar semua staff RISDA tidak memandang ringan mengenai perkara ini memangdangkan ramai staff tidak sedar sekiranya berlaku kemalangan dan di masukkan ke wad, mereka tidak tahu apakah plan atau skim manakah yang diambil yang mana menyebabkan kadang-kadang  mereka tersalah pilih jenis jenis bilik dan akibatnya bil perubatan yang terpaksa di tanggung oleh mereka adalah tinggi.

* Sebahagian dari taklimat Skim Hospital dan Pembedahan Berkelompok 2012/2013.
di Pejabat RISDA Negeri Terengganu - 26 Nov 2012.

INSENTIF KHAS LULUSAN IJAZAH, DIPLOMA TIDAK NAIK PANGKAT

13 November 2012


Utusan Malaysia
13/12/2012

KOTA KINABALU 12 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.
Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka."Sekarang kita ada hampir 5,000 pekerja sektor awam yang ada ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong."Jadi kita mahu walaupun tidak dinaik pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kepada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh.Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kuota ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.
"CUEPACS mencadangkan 50 peratus kuota diberikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50 peratus lagi kepada pemohon baharu," katanya.Omar berkata, bagi memastikan kebajikan kira-kira 45,000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurang lima tahun ke jawatan tetap.Katanya, sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrak pekerja berkenaan perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi."Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu," ujarnya.
 
 

SALAM MAAL HIJRAH 1433

KPKR INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1433 HIJRAH.

SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH MEMBERI KITA KEKUATAN MENGHARUNGI SEGALA CABARAN YANG MENDATANG.



IKHLAS DARI;
YANG DIPERTUA DAN BARISAN EXCO KPKR 2011-2013.



Perjumpaan CEUPACS Bersama KSN Baru


  • Baru baru ini satu perjumpaan antara CEUPACs dengan Ketua Setiausaha Negara yang baru telah diadakan di Autotorium Perbadanan Putrajaya pada 17 November 2012. 
  • Banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh perwakilan semasa sessi soal jawab. 
  • KPKR juga turut menghantar 3 orang wakil ke perjumpaan tersebut iaitu En.Rossly bin Salleh, Tn.Hj Suhim Wahab dan En Mohd Ashraf Abd Halim.











CUEPACS SARAN ANGGOTA SERTAI PENGGUNA 1 MALAYSIA


Sumber:  Bernama 23/12/2012




JOHOR BAHARU, 22 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan agar semua anggotanya menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M), bagi memantau kenaikan harga barang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penyertaan itu membolehkan penjawat awam menjadi agen kerajaan dalam membanteras aktiviti kenaikan harga barangan, khususnya ketika musim perayaan.
 

"Sekiranya mendapati harga barang luar biasa di pasaran, mereka boleh mempersoalkan kepada peniaga dengan menunjukkan kad Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) serta melaporkan kepada kementerian," katanya selepas majlis penyerahan kad SP1M kepada anggota Cuepacs di Pusat Islam Iskandar di sini, pada Isnin.
 

Majlis itu disempurnakan Exco Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Hoo Seong Chang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
 

Menurut Omar, penjawat awam juga dapat memain peranan penting dan berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
 

Dijangkakan lebih 100,000 anggota Cuepacs akan menyertai skuad itu, katanya.
 

-- BERNAMA

SELAMAT HARI RAYA






SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


DARI
YDP  &  BARISAN EXCO KPKR




KPKR ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua ahli-ahli di seluruh negara.  Semoga bulan ini menjadi kan kita lebih tawadduk dan jujur dalam  melaksanakan tugasan yang di pertanggungjawabkan.
Marilah kita sama-sama berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah di bulan yang penuh berkat ini.



Dari,
YDP dan EXCO KPKR

Perjumpaan Exco KPKR Bersama Ahli KPKR Negeri Johor

Perjumpaan exco kpkr bersama ahli-ahli di Pejabat Risda Negeri Johor dan mesyuarat exco kali ke 3/2012.


Published with Blogger-droid v2.0.4

PENGGUNA INTERNET DI PEJABAT

Adalah di maklumkan bahawa penggunaan internet di pejabat adalah untuk kegunaan bagi tugas-tugas rasmi sahaja.  Oleh yang demikian, semua warga RISDA khususnya kepada ahli-ahli KPKR dapat mengambil perhatian bagi perkara di atas.
Isu salah guna internet  semakin menjadi-jadi terutamanya pada waktu puncak seperti melayari portal-portal yang tidak di benarkan, melayari laman lucah atau menggunakan medium komunikasi sosial seperti facebook, twitter, messenger dan sebagainya lagi.
Perbuatan seumpama ini bukan sahaja salah dari segi peraturan pejabat malah telah menyebabkan aliran traffik data menjadi lambat dan menyukarkan beberapa sistem aplikasi RISDA berfungsi dengan baik.
Pihak kesatuan ingin mengingatkan semua ahli-ahli KPKR agar tidak melayari laman-laman web yang tidak dibenarkan dan tidak berfaedah kerana ianya jelas bertentangan dengan peraturan-peraturan penggunaan internet di pejabat dan yang paling penting ianya menjatuhkan reputasi penjawat-penjawat awam secara umum.

Sekian, terima kasih.



Administrator.



UMRAH bersama KP RISDA.

KPKR ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah UMRAH kepada Dato KP RISDA serta rombongan yang telah berangkat ke Tanah Suci Madinah dan Mekah pada 14 Mei 2012 yang lalu.
Semoga mendapat UMRAH yang mabrur.  Tahniah juga kepada kepada En.Subran (PRN P.Pinang) dan En.Mansor(PRD Hulu Perak) kerana terpilih menyertai rombongan UMRAH di bawah intensif pengurusan RISDA (Sayangi RISDA).  Semoga selamat pergi dan kembali.



Add caption



















Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2012 - Ceupacs

1 Mei 2012 - merupakan hari cuti umum bagi menghargai pergorbanan pekerja-pekerja di seluruh dunia.  Sambutan Hari Pekerja 2012 anjuran Ceupacs telah di adakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan,Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Perhimpunan tersebut telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang dan juga di hadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr.S.Subramaniam dan Presiden Ceupacs.

Tema Hari Pekerja 2012 " PEKERJA TIANG SERI NEGARA"



















Seminar Pendidikan Ceupacs  2012

Seminar Pendidikan Anjuran Ceupacs telah diadakan di Kolej Universiti ShahPutra, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang pada 30 April 2012.
Tema Seminar pada kali ini ialah "Peranan Pekerja Alaf Baru" yang telah menampilkan 2 orang tokoh dalam sessi Forum iaitu Dato Dr.Sheikh Syed Muzaffar Shukor, Angkasawan Negara dan ASC Dato Mohd Sofian b. Mahimuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman.
Seminar di atas telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji  Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang.


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan dalam seminar tersebut.



Peserta-peserta seminar dari Kesatuan Pegawai Kanan RISDA






Ketibaan Menteri Besar Pahang




Promosi Sukan Malaysia(SUKMA) yang bakal diadakan
di Pahang pada Jun 2012 nanti.




Ucapan dari Menteri Besar Pahang




Menteri Besar Pahang tertarik dengan Baju Korporat RISDA
sambil bersalaman dengan salah seorang peserta dari KPKR.

Presiden Ceupacs, Dato Hj.Omar Hj.Osman


Angkasawan Negara sedang berceramah mengenai
pengalaman beliau semasa berada di ISIS.



Ahli-ahli KPKR bersama dengan Dato Presiden




Ramai yang nak bergambar dengan angkawasan negara ni!!

Akhirnya, dapat juga kami bergambar dengan angkawasan negara.  Manalah tahu
suatu hari bendera RISDA akan terpacak di bulan.

 
Add caption

























Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More