SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA KANAN RISDA

PENGGUNA INTERNET DI PEJABAT

Adalah di maklumkan bahawa penggunaan internet di pejabat adalah untuk kegunaan bagi tugas-tugas rasmi sahaja.  Oleh yang demikian, semua warga RISDA khususnya kepada ahli-ahli KPKR dapat mengambil perhatian bagi perkara di atas.

Isu salah guna internet  semakin menjadi-jadi terutamanya pada waktu puncak seperti melayari portal-portal yang tidak di benarkan, melayari laman lucah atau menggunakan medium komunikasi sosial seperti facebook, twitter, messenger dan sebagainya lagi.
Perbuatan seumpama ini bukan sahaja salah dari segi peraturan pejabat malah telah menyebabkan aliran traffik data menjadi lambat dan menyukarkan beberapa sistem aplikasi RISDA berfungsi dengan baik.
Pihak kesatuan ingin mengingatkan semua ahli-ahli KPKR agar tidak melayari laman-laman web yang tidak dibenarkan dan tidak berfaedah kerana ianya jelas bertentangan dengan peraturan-peraturan penggunaan internet di pejabat dan yang paling penting ianya menjatuhkan reputasi penjawat-penjawat awam secara umum.

Sekian, terima kasih.



Administrator.



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More